Dirempuh keretapi: Sedarlah Amirul, ibu rindu kamu...

Iklan
Nurul Ain mohon doa orang ramai supaya Muhammad Amirul Hakimi cepat sedar dari koma.

RANTAU PANJANG -"Doa, doa dan doa... hanya itulah harapannya agar dapat kembali melihat senyuman anaknya itu.

Nurul Ain Alias, 28, ibu kepada Muhammad Amirul Hakimi Muhd Yuslizam, 9, yang dirempuh keretapi ketika sedang menolak basikalnya ketika pulang ke rumah di Tok Uban, petang semalam tidak dapat menahan sebak saat melihatkan keadaan anak sulungnya itu.

Iklan
Iklan

Tiada siapa menyangka, namun, segala ketentuan Illahi itu diterimanya dengan tenang, biarpun merasakan dugaan besar buatnya dan keluarga.

"Tiada lain yang saya minta, doakan Amirul cepat sedar...," katanya.

Iklan

Buat masa ini murid Tahun 3 Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Uban itu sedang menerima rawatan unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan masih belum sedarkan diri.

"Awal pagi tadi doktor dah buat pembedahan untuk keluarkan ketulan darah beku di bahagian kepala dia," ceritanya.

Iklan

Katanya, kiriman doa itu amat diperlukan supaya anak sulung dari dua beradik itu kembali sedar daripada koma.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak koma selepas basikal dirempuh keretapi

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Muhammad Amirul Hakimi dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Kampung Rasal selepas mengikuti kelas Fardu Ain.

Difahamkan ketika kejadian keretapi dari arah Tanah Merah menghala ke Tumpat.

Sementara itu, ibu saudara kanak-kanak itu Rohaida Yaakob berkata, bahagian belakang tayar basikal Muhammad Amirul Hakimi telah dirempuh keretapi ketika sedang melintasi landasan .

Ekoran itu, Muhammad Amirul Hakimi telah terpelanting kira-kira tiga meter dari landasan.

"Saya difahamkan sebelum kejadian menimpa, sudah ada beberapa murid lain telah melintasi landasan itu,” ujarnya.