PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengarahkan satu laporan polis dibuat terhadap pengguna Twitter yang didakwa menyebarkan berita palsu berkaitan vaksinasi.
Menerusi ciapannya pada Jumaat, Khairy berkata, selain pihak polis, laporan juga perlu dibuat pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap pengguna Twitter berkenaan yang menggunakan nama 'Khalids'.