Kempen Winter4Gaza bantu penduduk Gaza pada musim sejuk

Iklan
Cinta Gaza Malaysia menerusi kempen Winter4Gaza memberikan bantuan seperti baju sejuk kepada penduduk Gaza pada musim sejuk.

SHAH ALAM - Cinta Gaza Malaysia (CGM) menerusi kempen Winter4Gaza, Bantu Sebelum Beku akan membantu penduduk Gaza yang bergantung kepada bantuan bagi meneruskan hidup dan bertahan sepanjang musim sejuk.

Ketua Projek Winter4Gaza, Ahmad Jibriel Mohd Yusof berkata, pada kali ini, kempen itu dilaksanakan selama empat bulan yang bermula pada 25 September lepas dan berakhir pada 31 Januari 2022.

Iklan
Iklan

"Bantuan seperti baju sejuk, kasut but, selimut tebal, tilam dan pemanas elektrik akan diagihkan kepada penduduk di Gaza, Tebing Barat, Palestin, Kem Pelarian Syria dan Komuniti Uyghur di Turki,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jibriel berkata, selain bantuan itu, CGM juga melaksanakan kempen Home4Humanity dan Sistem Panel Solar iaitu bantuan berbentuk jangka masa panjang yang mampu bertahan walaupun selepas tamat musim sejuk.

Iklan

"Dana turut diperlukan bagi memasang panel solar untuk pesakit kronik yang memerlukan sumber elektrik berterusan di rumah kerana bekalan elektrik di Gaza sangat terhad,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Jibriel berkata, Home4Humanity adalah projek baik pulih rumah penduduk Gaza yang tidak sesuai untuk didiami pada musim sejuk.

Iklan

"Projek tersebut bertujuan membaiki kerosakan kecil seperti dinding yang roboh, atap berlubang dan menyediakan dapur yang lebih baik untuk mereka.

"Kempen Home4Humanity ini adalah salah satu usaha yang dilaksanakan bagi memastikan penduduk Gaza dapat mengharungi musim sejuk dengan keadaan yang selesa yang akan bermula pertengahan Disember 2021 hingga Mac 2022,” katanya.

Katanya, orang ramai yang ingin menyumbang untuk membantu penduduk Gaza boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank, Persatuan Cinta Gaza Malaysia 5648 1050 7826 dengan rujukan: winter atau layari winter4gaza.com