Wanita maut perancah buluh gergasi tumbang

Iklan
Perancah buluh gergasi tumbang akibat ribut tropika di Hong Kong pada Jumaat. - Foto CNN

HONG KONG - Sebuah pusat pemantauan cuaca meningkat amaran ribut pada awal pagi Sabtu selepas insiden sebuah perancah buluh gergasi untuk pembinaan bangunan kediaman runtuh di Hong Kong pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, seorang pekerja wanita maut, manakala tiga yang lain pula terperangkap.

Iklan
Iklan

Perancah setinggi 30 unit bangunan kediaman itu runtuh ketika angin kuat dan hujan lebat yang dibawa oleh ribut tropika, Lionrock.

Dalam kejadian itu, dua buah kereta turut dihempap akibat runtuhan perancah dan mengganggu laluan trafik di Jalan Broadwood, Hong Kong, kata polis dalam hantaran di Facebook.

Iklan

Seorang jurucakap Jabatan Buruh berkata, pihak berkuasa amat bimbang tentang kemalangan tersebut dan siasatan bagi mengetahui tentang punca kejadian dijalankan.

Sementara itu, semua kelas di sekolah-sekolah dibatalkan ekoran amaran ribut tersebut. - Agensi

Iklan