UiTM aktifkan semula 'sporting campus'

Iklan
Prof Dr Roziah bersama-sama warga universiti yang mengambil bahagian dalam HSN peringkat UiTM di Shah Alam pada Sabtu.

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) akan mengaktifkan semula program 'sporting campus' yang ditangguhkan sementara bagi menjayakan usaha dan membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19 dalam negara sebelum ini.

Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd Janor berkata, program 'sporting campus' yang dijalankan Pusat Sukan dalam menggalakkan penglibatan dalam kalangan pelajar dan warga kerja UiTM, akan kembali dianjurkan dalam memastikan warga UiTM kekal aktif seperti penganjuran Sukan Antara Kolej, Sukan Antara Fakulti, Karnival Sukan Mahasiswa Antara Kampus dan Karnival Sukan Staf Antara Kampus setelah negara mencapai Imuniti Kelompok.

Iklan
Iklan

"Jadi saya meminta kepada semua warga UiTM agar dapat bersama-sama menerapkan budaya cergas, sihat serta mewujudkan kecergasan nasional yang berteraskan kepada penyertaan aktif secara berterusan dan sikap yang positif dalam kehidupan seharian.

"Kita juga sedia maklum melalui kenyataan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, Malaysia akan beralih dari fasa pandemik ke fasa endemik dan perkara asas yang perlu dilakukan adalah untuk kita semua menjalani gaya hidup sihat.

Iklan

"Ini termasuklah menjaga diet pemakanan, bersenam dan sering melakukan pemeriksaan kesihatan, di samping dalam masa yang sama sentiasa mematuhi prosedur dan tidak memandang ringan terhadap perkara yang berkaitan keselamatan diri dan bertanggungjawab terhadap tahap keselamatan dan kesihatan diri sendiri serta orang lain.

"Ini bertujuan memastikan rakyat Malaysia kekal selamat dan peranan kita sebagai Keluarga UiTM tidak kira sama ada penuntut atau staf untuk sentiasa kekal aktif terutamanya dalam usaha meningkatkan imuniti tubuh untuk melawan penyakit dan mengelakkan jangkitan Covid-19," katanya selepas ketika merasmikan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat UiTM di Dataran Kompleks Sukan UiTM Shah Alam pada Sabtu.

Iklan

Program anjuran Pusat Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM dianjur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan jumlah kehadiran peserta yang terhad.

Antara pengisian program tersebut ialah penglibatan staf dan pelajar dalam aktiviti senamrobik dan pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI) dalam kalangan peserta.

Program tersebut turut disertai oleh kampus cawangan disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube UiTM Channel.

Mengenai program tersebut, Prof. Dr. Roziah berkata, UiTM berbesar hati mengadakan sambutan HSN dalam bersama-sama menyokong bagi mencapai empat objektif untuk memastikan aktiviti sukan dan kecergasan menjadi satu agenda penting dalam pembangunan sukan negara.

"Program yang kita jalankan hari ini adalah secara hibrid melibatkan program senamrobik dan pemeriksaan BMI untuk warga UiTM Shah Alam dan disiarkan secara langsung melalui YouTube UiTM Channel.

"Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM melalui Pusat Sukan keranaberjaya menganjurkan program pada hari ini.

"Di kesempatan ini, saya ingin memaklumkan tema UiTM dalam menyokong Hari Sukan Negara bagi setiap Oktober adalah Good Health & Wellbeing," katanya.