Tempoh seminggu kosongkan bangunan JAPERUN

Iklan
Sulaiman Md Ali

MELAKA - Kesemua bangunan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) di negeri ini diberi tempoh masa seminggu untuk dikosongkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka telah dibubarkan pada Isnin lalu maka tiada lagi wakil rakyat kawasan di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara sama turut dipraktikkan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) lalu setelah kerajaan itu jatuh Dan ia perlu diserahkan kepada kerajaan semula.

"Mereka di JAPERUN bukanlah disuruh keluar serta-merta tetapi mereka telah diberi tempoh seminggu untuk kosongkan bangunan tersebut tidak kira dari pihak mana sekalipun.

Iklan

"Jadi mereka diberi masa untuk mengosongkan barang-barang peribadi mereka, cuma saya minta yang hak kerajaan itu ditinggalkanlah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan simbolik penyerahan rumah baharu kepada enam beradik yatim piatu, di sini pada Sabtu.

Iklan

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, sekiranya pihak penyelarasan JAPERUN memerlukan tempoh masa lebih lama untuk dikosongkan mereka mungkin boleh mendapatkan budi bicara Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).