Kerajaan fokus tangani isu miskin tegar: Mustapa
Iklan
Mustapa Mohamed
KOTA BHARU - Kerajaan akan memberi keutamaan serta penekanan bagi menangani isu miskin tegar di negara ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, pada Khamis lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan pusat akan mengatur strategi baharu untuk menghapuskan isu berkenaan memandangkan mungkin berlaku peningkatan dalam peratusan kadar miskin tegar susulan pandemik Covid-19.
Iklan
Iklan
"Dulu (2019) kadar miskin tegar adalah 0.4 peratus dan pada tahun berikutnya ia naik pada 0.8 peratus selepas Covid-19... perkara ini perlu diberi fokus yang lebih. Caranya kerajaan pusat perlu ada pegawai khusus dan di peringkat daerah juga untuk menangani isu kemiskinan.
Penting sekali adalah mengadakan pelbagai program atau projek ekonomi yang lebih berkesan yang boleh membantu meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri Kelantan berhubung RMK12 di Kompleks Kota Darul Naim, di sini pada Sabtu.
Iklan
Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, sebanyak 46.8 peratus daripada RM39 bilion peruntukan bagi pembangunan asas dibelanjakan membabitkan seluruh negara, setakat 3 Oktober lepas.
Menurutnya, jumlah peratusan yang dibelanjakan itu mengalami kelewatan daripada perancangan asal disebabkan pelbagai masalah seperti isu pemilikan tanah, kontrak dan sebagainya, selain pandemik Covid-19.
Iklan
Beliau berkata, justeru, kerajaan pusat serta negeri akan memantau rapi setiap projek pembangunan asas bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang pada masa hadapan. - Bernama
Tindakan senarai hitam diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di bawah majlis itu hanya bersifat sementara.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, ibu bapa atau penjaga yang dikenakan tindakan senarai hitam oleh Mara bagaimanapun tidak layak memohon kemasukan anak mereka ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah yang mahu tahu sama ada tindakan senarai hitam kepada peminjam atau ibu bapa boleh dihapuskan supaya anak mereka mendapat akses kemasukan ke MRSM.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1