Singapura perluas skim VTL

Iklan
Seorang individu mengimbas token TraceTogether yang digunakan untuk memasuki mana-mana tempat awam bagi mengesan kontak. - Foto: AFP

SINGAPURA - Singapura memperluaskan skim Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) ke lapan lagi negara termasuk Kanada, Denmark, Perancis, Itali, Britain dan Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan individu memasuki negara itu tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib bermula 19 Oktober ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAS) membuat pengumuman itu pada Sabtu sehari selepas ia melancarkan skim VTL bersama Korea Selatan selepas ia dilaksanakan buat pertama kali dengan Brunei dan Jerman pada bulan lalu.

Iklan
Iklan

Skim VTL menetapkan individu dari negara berkenaan masih perlu menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR) dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas ke Singapura dan melakukan satu lagi ujian sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi serta mengasingkan diri sehingga keputusan negatif diperoleh.

Di bawah langkah tegas terbaharu, individu belum divaksin tidak dibenarkan memasuki pusat beli-belah atau dine in di pusat penjaja makanan berkuat kuasa Rabu ini.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berkata, beliau menyatakan strategi sifar Covid-19 tidak lagi relevan dan rakyat Singapura perlu belajar untuk hidup bersama virus itu susulan lonjakan kes jangkitan disebabkan penularan varian Delta sejak beberapa minggu lalu.

"Orang ramai perlu menjalani aktiviti harian seperti biasa di samping mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi protokol kesihatan. Ini kerana Covid-19 telah menjadi penyakit yang boleh dirawat untuk kebanyakan individu sudah divaksin,” ujarnya.

Iklan

Menurutnya lagi, penyebaran varian Delta telah mengubah situasi di Singapura yang sebelum ini melaksanakan langkah ketat untuk menurunkan kes jangkitan bagi mengurangkan penyakit serius dan kematian di bawah strategi sifar Covid-19.

"Varian Delta itu terus menular walaupun seluruh populasi sudah divaksin. Penularannya tidak akan dapat dihentikan walaupun dengan melaksanakan lockdown yang ketat,” katanya sambil menambah hidup bersama Covid-19 bukan perkara yang mudah.

Ketika ini, Singapura yang sudah memasuki fasa penstabilan yang dilaksanakan selama sebulan kembali mengetatkan sekatan bermula 27 September hingga 25 Oktober depan untuk memperlahankan penyebaran Covid-19 dan memberi tempoh masa kepada pelaksanaan protokol baharu seperti skim pemulihan di rumah. - Agensi