Santos kritik Solskjaer

Iklan
SANTOS

PENGENDALI Portugal, Fernando Santos mengkritik Ole Gunnar Solskjaer yang disifatkannya sebagai tidak menggunakan Cristiano Ronaldo dengan sebaik mungkin di Manchester United.

Menurutnya, tindakan Solskjaer yang tidak menurunkan Ronaldo dalam kesebelasan utama ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika seri 1-1 menentang Everton minggu lalu adalah satu kesilapan besar.

Iklan
Iklan

Ronaldo hanya dimasukkan sebagai pemain simpanan bermain hanya selama 33 minit ketika menentang Everton dan gagal menampilkan impak yang diharapkan dalam tempoh tersebut.

"Ia sangat penting untuk memberikannya minit bermain dan saya faham amat penting untuk memberikannya sekurang-kurangnya 45 minit.

Iklan

"Ronaldo adalah seorang pemain yang perlu bermain dan perlu sentiasa beraksi. Berlatih tidak sama seperti perlawanan. Dalam perlawanan terakhir bersama United, dia hanya beraksi 33 minit," katanya.

Bintang United itu terus mencuri tumpuan apabila cemerlang membantu Portugal menundukkan Qatar 3-0 dengan dia meledak satu gol yang sekali gus menambah koleksi golnya sebagai penjaring terbanyak dunia dengan 112 gol.

Iklan

Ronaldo juga melakar rekod baharu dengan penampilan ke-181 mengatasi rekod Sergio Ramos yang beraksi 180 kali bersama Sepanyol selaku pemain yang melakukan penampilan terbanyak untuk negara Eropah.