SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan fungsi baharu ‘Pencarian Sekolah’ dalam laman sesawang CovidNow sebagai langkah peralihan ke fasa endemik.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kemudahan itu memaparkan informasi mengenai tahap vaksinasi di sekolah-sekolah tertentu, sekali gus membantu pelajar serta kakitangan sekolah.