McTominay nyalakan peluang Scotland

Iklan
McTominay meraikan jaringan gol ketiga Scotland ketika melayan kunjungan Israel di Hampden Park, Glasgow. FOTO: AFP

JARINGAN lewat perlawanan pemain Manchester United, Scott McTominay membolehkan Scotland bangkit menewaskan Israel 3-2 dalam aksi kelayakan Piala Dunia Kumpulan F di Hampden Park awal pagi Ahad.

Tiga mata menjadi milik Scotland apabila McTominay menyudahkan sepakan sudut John McGinn selepas Israel dua kali mendahului tuan rumah menerusi Eran Zahavi dan Munas Dabbur sebelum McGinn serta Lyndon Dykes menyamakan kedudukan.

Iklan
Iklan

"Kami tahu Israel merupakan lawan yang sukar, namun pada babak kedua kami kembali menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang menjaringkan gol.

"Persembahan kami pada babak pertama kurang memberi impak, sebaliknya lawan lebih agresif, kompak sebagai satu pasukan dalam 45 minit tersebut,” kata pemain berusia 24 tahun tersebut.

Iklan

Keputusan itu menyaksikan Scotland berpeluang beraksi di temasya sukan bola sepak berprestij dunia tersebut sejak kali terakhir melakukannya pada 1998.

Scotland kini menduduki tangga kedua kumpulan dengan 14 mata, tiga mata mengatasi Israel di kedudukan ketiga manakala Denmark kekal di tangga teratas dengan 21 mata.

Iklan