Saya buat banyak silap: Diana Danielle

Iklan
Pelakon, Diana Danielle

PELAKON, Diana Danielle memuat naik kenyataan betapa dia bersyukur kerana memiliki dua orang cahaya mata sebelum berusia 30 tahun.

Menurut isteri Datuk Farid Kamil ini, segalanya telah dikecapi dan dia bersyukur serta tiada penyesalan kerana tidak mempunyai kehidupan sebagai remaja lain.

Iklan
Iklan

"Perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila belajar dan membesar bersama anak-anak.

Iklan

"Saya buat banyak kesilapan namun mereka tetap akan sayang. Pada usia mereka sekarang ini hanya nampak yang baik-baik sahaja,” coret Diana.

Iklan

Untuk rekod, Diana selamat diijabkabulkan dengan Farid pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 6, dan Nur Aurora, 4 tahun.