Pantai Telok Kemang

Iklan

Pemandangan udara di sekitar pantai peranginan Port Dickson dilihat terus menerima kunjungan warga Negeri Sembilan bagi menikmati keseronokan serta kepelbagaian aktiviti di air dan darat untuk dijadikan aktiviti beriadah bersama keluarga di Pantai Telok Kemang hari ini.

Sektor pelancongan terutama di daerah Port Dickson terus menerima kunjungan pengunjung dari seluruh Negeri Sembilan dan dapat membantu dalam menggerakkan ekonomi setempat namun orang ramai kekal diingatkan untuk sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membendung penularan jangkitan Covid-19. - Foto Bernama

Iklan
Iklan