SKUAD Bawah 22 tahun (B-22) negara akan menguji kekuatan dalam tiga perlawanan latihan menentang pasukan Liga Malaysia (Liga-M) bermula 12 hingga 18 Oktober depan.
Skuad kendalian Brad Maloney itu dijadualkan berdepan juara Liga Premier, Negeri Sembilan FC pada 12 Oktober diikuti dua perlawanan bersama pasukan Liga Super, Penang FC (15 Oktober) sebelum menamatkan aksi persahabatan dengan naib juara, Kedah Darul Aman FC (18 Oktober).