90 peratus populasi dewasa lengkap vaksin Covid-19

Iklan
Gambar fail.

PUTRAJAYA - Malaysia mencapai 90 peratus populasi dewasa telah lengkap dos suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi laman sesawang Covid Now yang dikemaskini jam 11.59 malam Ahad, peratusan itu meliputi 21,073,482 individu dewasa.

Iklan
Iklan

Seramai 1,112,038 atau 4.8 populasi dewasa mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan manakala 1,224,080 atau 5.2 peratus populasi dewasa tiada vaksinasi.

Unjuran dalam tempoh 134 hari mensasarkan 23,409,600 populasi dewasa telah lengkap dos suntikan pada 22 Februari 2022.

Iklan

Secara keseluruhannya, Malaysia mencatat 65.2 peratus populasi penduduknya yang telah lengkap dos suntikan manakala 74.9 peratus mendapat satu dos vaksin.

Sabah satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus iaitu hanya 65.1 peratus.

Iklan

Ia bersamaan dengan 1,796,807 individu dewasa yang telah lengkap dos suntikan dan 227,837 atau 8.3 peratus mendapat satu dos suntikan.

Seramai 1,108,520 individu pula atau 40.2 peratus tidak divaksinkan.

Jumlah populasi dewasa telah lengkap dos suntikan di Kelantan adalah 909,909 orang atau 73.6 peratus.

Kedah dan Perak masing-masing hampir mencapai 80 peratus populasi dewasa lengkap dos suntikan iaitu 79.5 dan 79.8 peratus.

Negeri-negeri lain merekodkan kemajuan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melebihi 80 peratus.

Sementara itu, bagi PICK-Remaja, 231,714 individu atau 7.4 peratus telah lengkap dos suntikan.

Seramai 2,040,144 remaja berusia 12 hingga 17 tahun atau 64.8 peratus belum lengkap dos suntikan dan 875,642 atau 27.8 peratus tiada Vaksinasi.