Gangguan bekalan air sekitar Kuala Lumpur pulih 80 peratus

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Pemulihan bekalan air di 50 kawasan sekitar ibu kota berikutan kebocoran paip pengepaman di Rumah Pam Segambut pada Ahad mencapai tahap 80 peratus setakat 6 pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, kawasan yang belum pulih adalah Anjung Tiara, Bukit Prima Pelangi, Bukit Segambut, Dutamas dan Taman Bukit Sri Bintang.

Iklan
Iklan

Turut terlibat Taman Flora Impian, Taman Prima Impian, Taman Seri Bukit Segambut, Taman Sri Bintang dan Taman Sri Sinar.

Elina berkata, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Iklan

"Pengguna yang telah mendapat bekalan air dinasihatkan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui semua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau talian 15300 dan sebarang pertanyaan serta aduan boleh diajukan di Pusat Bantuan di laman web www.airselangor.com. - Bernama

Iklan