CARACAS - Venezuela pada Ahad menerima lebih dua juta dos vaksin Covid-19 yang disalurkan melalui program COVAX untuk membantu negara ini mencapai sasaran 70 peratus penduduk menerima suntikan vaksin, lapor Xinhua.
Menteri Kesihatan Venezuela, Carlos Alvarado, Pegawai UNICEF dan Organisasi Kesihatan Pan Amerika (PAHO) turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Maiquetia untuk menerima penghantaran 2,594,000 dos vaksin itu.