Kenderaan terkawal

Iklan
Jumlah kenderaan menuju plaza tol Juru hari ini kelihatan terkawal meskipun aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula hari ini.

Kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

Iklan
Iklan