'Salah berhak naik gaji'

Iklan
SALAH

TIADA pemain Liverpool yang akan iri hati dan kecewa sekiranya Mohamed Salah ditawarkan kontrak baharu dan menjadi pemain dengan gaji tertinggi di kelab itu.

Legenda Liverpool, Robbie Fowler berkata, Salah berhak mendapat gaji tertinggi di kelab tersebut atas sumbangannya serta status sebagai pemain terbaik dunia.

Iklan
Iklan

Salah dijangka akan menjadi pemain dengan gaji tertinggi di Anfield sekitar £500,000 (RM2.84 juta) seminggu berdasarkan laporan perbincangan antara wakil Salah dan pengurusan Liverpool

"Tanpa perlu dipersoalkan Mo Salah adalah pemain terbaik dunia. Pada pandangan saya, tiada yang akan mempertikaikannya di bilik persalinan mengenai kontrak baharu dan gaji Salah.

Iklan

"Sejujurnya, kami sudah kehabisan pendapat tentangnya, terutama setelah gol menentang Manchester City yang mempunyai segalanya.

"Sekiranya itu Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo, gol itu akan dibicarakan lebih banyak. Apa yang dilakukan Salah adalah sangat cemerlang, rentak gerakan bola dan sedikit muslihat sebelum melakukan jaringan yang cantik.

Iklan

"Saya akan gembira jika tidak ada pertikaian mengenai kontrak baru yang sedang berlaku sekarang.

"Dia pasti akan lebih yakin bahawa dia bernilai lebih tinggi daripada yang dia perolehi dan tentu saja berhak mendapat kenaikan gaji," katanya.

Salah menjadi sensasi buat Liverpool sejak menyertai pasukan itu pada 2017 membantu The Reds menjuarai Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris selain telah melakukan 212 penampilan.

Malah, Salah juga menjadi pemain terpantas menjaringkan 134 gol buat pasukan dalam sejarah kelab itu.

"Sudah tentu, ada contoh di bilik persalinan pada masa lalu beberapa pemain menjadi marah kerana ada pemain memperolehi gaji lebih banyak daripada yang lain.

"Tetapi, dalam hal ini, Liverpool harus menyedari bahawa Mo sekarang adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Sama ada mereka suka atau tidak, Salah perlu mendapat gaji yang lebih tinggi," katanya.