Vaksin berjaya halang kadar kematian akibat Covid-19

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

PARIS -Satu kajian di Perancis yang disiarkan pada Isnin mendapati vaksinasi mempunyai keberkesanan tinggi bagi menghalang kematian akibat kes Covid-19.

Kajian itu menyatakan ia juga berkesan menentang penularan varian Delta.

Iklan
Iklan

Penyelidikan itu menumpukan kepada usaha menghalang kematian akibat kes Covid-19 dan bukan jangkitan akibat koronavirus itu.

Penyelidikan itu itu membabitkan 22 juta manusia yang berumur lebih 50 tahun dan mereka yang menerima suntikan vaksin adalah 90 peratus kurang menerima rawatan di hospital atau meninggal dunia.

Iklan

Kajian itu turut mengesahkan pemerhatian tentang kes Covid-19 dilakukan di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Israel.

Para penyelidik turut menyatakan ia merupakan kajian terbesar pernah dilakukan setakat ini.

Iklan

Ia menggunakan data yang dikumpulkan mulai Disember 2020 iaitu ketika Perancis memulakan kempen vaksinasi.

Hasil kajian mendapati vaksinasi memberikan kadar keberkesanan menentang varian Delta dan memberikan perlindungan sebanyak 84 peratus kepada manusia yang berumur 75 tahun ke atas dan 92 peratus untuk manusia berusia 50 hingga 75 tahun.

Ia membabitkan suntikan vaksin keluaran Pfizer/BioNtech, Moderna dan AstraZeneca. - Agensi