Lompat parti: Golongan muda makin hilang kepercayaan

Iklan
Sinar Harian pada Isnin melaporkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencadangkan agar ahli politik yang melompat parti sewajarnya digantung keahliannya daripada bertanding seumur hidup.

PARIT - Tindakan melompat parti dalam kalangan wakil rakyat menyebabkan golongan muda semakin hilang keyakinan terhadap ahli politik.

Iklan
Iklan

Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, keyakinan itu haruslah dikembalikan melalui Akta Mencegah Lompat Parti yang perlu diluluskan segera di Parlimen.

Beliau berkata, akta tersebut merupakan langkah terbaik untuk menghentikan polemik politik melibatkan wakil rakyat yang tidak berpegang kepada prinsip.

Iklan

"Saya sebagai exco belia cukup khuatir dengan pandangan orang muda terhadap suasana politik di Malaysia ini. Orang politik adalah golongan yang mereka rasakan paling tak berguna sekarang ini.

"Ini sesuatu yang memberi implikasi cukup besar. Saya tak terlibat secara langsung (dalam lompat parti) tapi dari segi imej dan rasa hati saya agak terkesan sebagai ahli politik," katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Kotak Makanan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Bota Kanan di sini pada Isnin.

Iklan

Hadir sama pada program tersebut ialah Yang Dipertua DPMM Perak, Ir Ts Kamarullaffie Ahmad.

Khairul Shahril (tengah) menyampaikan kotak makanan DPMM Perak kepada penerima di Pusat Khidmat ADUN Bota di Bota Kanan, Parit pada Isnin.

Khairul Shahril yang juga ADUN Bota berkata, secara peribadi beliau tidak sabar untuk melihat akta berkaitan lompat parti dikuatkuasakan.

Jelas beliau, apa sahaja alasan diberikan mereka yang melompat parti itu langsung tidak boleh diterima.

"Kalau dalam agama, dosa besar kalau kita keluar agama. Dalam politik, 'dosa besar' orang politik adalah keluar dari parti dan melompat parti.

"Kalau rasa tak boleh atau tak sesuai dengan parti sedia ada, lebih baik letak jawatan sebagai wakil rakyat. Itu lebih bermaruah dan lebih berprinsip serta lebih memberikan pengiktirafan kepada pengundi-pengundi kita yang dahulu," katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencadangkan agar ahli politik yang melompat parti sewajarnya digantung keahliannya daripada bertanding seumur hidup.

Ahli Parlimen Semporna itu menegaskan, pilihan raya pecat boleh diadakan, namun wakil rakyat yang melompat parti itu tidak seharusnya dibenarkan bertanding semula.