Pindaan RUU dibentang kali kedua

Iklan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini.- Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan pindaan Rang Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) untuk menaikkan had statutori hutang negara kepada 65 peratus.

Usul yang di bawa Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz itu diluluskan menerusi undi suara.

Iklan
Iklan

Secara keseluruhan seramai 30 ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul tersebut.

RUU itu dibentangkan bagi memperoleh kelulusan untuk meningkatkan had siling perbelanjaan di bawah Kumpulan Wang Covid-19 (KWC-19) daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion, selain untuk menaikkan had statutori hutang semasa daripada 60 peratus kepada 65 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Iklan

Sementara itu, dalam sesi penggulungannya, Tengku Zafrul berkata, RUU tersebut berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2022 dan selepas itu ia akan kembali kepada had statutori asal, iaitu 60 peratus.

"Kalau lihat Akta 830, ia akan tamat pada 31 Disember tahun depan. Kuasa had itu akan tamat pada masa sama. Had statutori akan dikuatkuasakan berdasarkan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (Akta 637) dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275).

Iklan

"Dalam hal ini, seperti saya sebut, kalau perlu melanjutkan tempoh ini, had ini akan dikekalkan pada 65 peratus untuk memberi ruang kepada pemulihan ekonomi,” ujarnya.