Pejabat Konsulat Jeneral China perlu dibuka di Johor

Iklan
Dr Fat Full (kanan) bertemu dengan Saifuddin (kiri) susulan cadangan pembukaan pejabat Konsulat Jeneral China di Johor.

JOHOR BAHRU - Pembukaan pejabat Konsulat Jeneral China di negeri ini dapat meningkatkan sektor perdagangan dan memperkukuhkan hubungan dua hala Johor dengan China.

Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr Choong Fat Full berkata, selain hubungan perdagangan, sektor pelancongan dan kebudayaan turut dijangka mendapat manfaat besar daripada pembukaan pejabat itu kelak.

Iklan
Iklan

"Sebagai Exco Kerajaan Johor, saya amat komited untuk mendokong hasrat dan saranan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai perkara ini yang pernah dibangkitkan pada tahun 2018.

"Justeru, saya telah mengambil inisiatif dengan mengadakan perjumpaan bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah pada 4 Oktober lalu untuk membuat susulan mengenai cadangan pembukaan pejabat Konsulat Jeneral China di Johor," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Iklan

Pada 2 April 2018, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencadangkan penubuhan Pejabat Konsulat Jeneral China di sini dalam usaha memperkukuhkan hubungan dua hala antara Johor dan republik itu yang sekian lama terjalin.

Cadangan baginda disambut baik Duta Besar China Ke Malaysia, Bai Tian, ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Sultan Ibrahim di Kelab Polo Diraja Johor, Istana Pasir Pelangi ketika itu.

Iklan

Seterusnya pada 2 Februari lalu, Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dilaporkan memberikan maklum balas bahawa kerajaan China sedang mengkaji dan meneliti saranan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu.