Wanita hilang suami akibat Covid-19 dibantu

Iklan
Daroyah (kiri) menziarahi Norsyuhada di Flat Sri Sementa pada Isnin.

SEMENTA - Dugaan berat yang dihadapi seorang ibu tunggal selepas kematian suami secara mengejut akibat pandemik Covid-19 masih terkesan hingga kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang menziarahi wanita dikenali sebagai Norsyuhada di Flat Sri Sementa itu berkongsi kisah berkenaan di Facebook beliau pada Isnin.

Iklan
Iklan

Dr Daroyah turut memaklumkan beliau menyampaikan sumbangan serta memberi sokongan kepada wanita terbabit bersama pegawai dan kakitangan dari Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sementa, menziarahi Norsyuhada selain bertanyakan khabar.

"Arwah (suami Norsyuhada) pergi meninggalkan empat orang anak dan satu masih dalam kandungan.

Iklan

"Walaupun berat ujian diberikan, beliau tetap reda dengan ketentuan-Nya dan kini anak-anak dan ahli keluarga sahaja menjadi tunjang kekuatan untuk beliau.

"InsyaALLAH, saya bersama rakan-rakan yang lain akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya, semoga beliau diberi kekuatan, kesihatan dan rezeki untuk membesarkan anak-anak," katanya dalam media sosial itu.

Iklan