ASNB lancar pendaftaran akaun online e-KYC1, kempen #JomLabur

Iklan
Ahmad Zulqarnain Onn

AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan kemudahan pendaftaran akaun dalam talian dan onboarding pelanggan digital (e-KYC1) dan fungsi pelaburan berasaskan aplikasi mudah alih myASNB.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, ASNB juga melancarkan kempen #JomLabur yang akan berlangsung sehingga hujung tahun ini kepada semua pemegang unit untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM200,000.

Iklan
Iklan

Jelasnya, ciri onboarding mudah alih baharu itu membolehkan warga Malaysia membuka akaun melalui aplikasi myASNB tanpa perlu berkunjung ke cawangan atau ejen ASNB.

"Pelanggan ASNB sedia ada boleh membuka akaun atau kemas kini butiran peribadi secara terus di portal dan aplikasi mudah alih myASNB. Ia membolehkan mereka untuk memulakan pelaburan dari rumah sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Fungsi pelaburan baharu berasaskan matlamat, Target Labur pula direka untuk mendorong individu mencapai matlamat kewangan mereka.

Peter Schiesser, Ahmad Fuaad Kenali

"Pemegang unit boleh menetapkan matlamat pelaburan sendiri. Fungsi Target Labur dilancarkan kepada pemegang unit secara berperingkat pada 8 Oktober lalu, bermula dengan kumpulan umur 18 hingga 34 tahun dan semua pengguna aplikasi myASNB bermula 29 Oktober ini.

Iklan

"Pengguna aplikasi myASNB sedia ada dinasihatkan mengemas kini aplikasi agar dapat menggunakan fungsi baharu ini,” ujarnya.

Sejajar dengan ciri-ciri baharu ini, ASNB melancarkan kempen #JomLabur untuk memberi ganjaran kepada pemegang unit yang menetapkan sekurang-kurangnya dua matlamat bernilai RM5,000 setiap satu.

Jelasnya, kempen yang berlangsung dari 8 Oktober hingga 31 Disember itu disokong Kumpulan UMW, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Jirnexu Sdn Bhd (syarikat induk RinggitPlus.com) dan GrabCar Sdn Bhd.

"Pemegang unit yang menetapkan dua matlamat dengan jumlah sasaran sekurang-kurangnya RM5,000 setiap satu akan berpeluang memenangi hadiah seperti sebuah kereta Toyota Vios, Toyota Yaris, dua iPhone 12, tiga iPad, 30 pas akses RinggitPlus Financial Planner atau 200 baucar GrabFood.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Datuk Ahmad Fuaad Kenali yang juga penaja platinum kempen #JomLabur berkata, pihaknya berbesar hati dapat menyokong ASNB kerana ia seiring dengan komitmen untuk membantu usaha mempromosi pendidikan pelaburan kepada masyarakat,

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Peter Schiesser yang merupakan penaja emas kempen #JomLabur berkata, memandangkan Malaysia mempunyai populasi pengguna sistem perbankan yang tinggi, ketersediaan FPX sebagai pilihan pembayaran untuk myASNB sangat bermanfaat dan menjimatkan kos.