Lebih banyak peluang kerja akan wujud: MTUC

Iklan
Mohd Effendy

SHAH ALAM - Keputusan kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri pada Isnin dapat merancakkan kembali sektor ekonomi sekali gus menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, keputusan itu merupakan langkah tepat bagi menyeimbangkan semula sektor ekonomi di negara.

Iklan
Iklan

"Kita lihat ramai pekerja hilang pekerjaan sebelum ini terutama pekerja sektor perusahaan kecil dan sederhana.

"Jadi, bila kerajaan beri kebebasan untuk rentas negeri atau negara ia secara tidak langsung dapat menjana kembali ekonomi pekerja dan majikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Effendy berkata, apabila sektor ekonomi mula bergerak, maka lebih banyak peluang pekerjaan disediakan, malah mereka yang sebelum ini hilang kerja boleh menjana semula pendapatan seperti sediakala.

"Selain itu, keselamatan pekerjaan juga akan berada dalam keadaan yang kukuh kerana majikan perlukan pendapatan,” kata Mohd Effendy.

Iklan