Bangunan kedai lama di Kimanis runtuh

Iklan
Bangunan kedai lama di Pekan Kimanis, Papar, runtuh akibat kejadian angin kencang dan hujan lebat yang berlaku sejak awal pagi Selasa.

PAPAR - Sebuah bangunan kedai lama di Pekan Kimanis, di sini roboh akibat angin kencang dalam kejadian awal pagi Selasa.

Difahamkan, kedai lima pintu yang berusia lebih 70 tahun itu sudah tidak digunakan kerana struktur bangunan yang usang.

Iklan
Iklan

Seorang penduduk, Billy Tan, 31, memaklumkan hujan lebat berterusan disusuli angin kencang sejak jam 4 pagi menyebabkan berlaku runtuhan bangunan di kawasan berkenaan.

Katanya, bangunan itu disedari roboh kira-kira jam 6.30 pagi ketika dia dalam perjalanan menuju ke Pekan Kimanis dan terkandas akibat runtuhan berkenaan.

Pasukan bomba membuat kerja pembersihan dan mengalih serpihan kayu bangunan kedai yang runtuh di Pekan Kimanis, Papar.

Iklan

"Saya terpaksa menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan. Kami terkandas hampir satu jam sebelum laluan itu dibersihkan dan dapat digunakan penduduk untuk keluar menuju ke jalan utama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.51 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Kimanis dikejarkan ke lokasi.

Iklan

Bagaimanapun katanya, kejadian tidak membabitkan mangsa dan bomba melakukan pemindahan serpihan kayu bangunan yang menutup laluan berkenaan.