SIAPA sangka dengan hanya mencuba produk minyak urut moden berjenama MMG untuk kegunaan sendiri pada tahun 2016, kehidupan Siti Rohana Mustapha, 42, berubah sepenuhnya.
Dia bukan sahaja pengguna tegar produk MMG, malah telah menjadi usahawan berjaya bertaraf ‘Leader Diamond’ melalui produk tersebut dan miliki syarikat sendiri Ana Qistina Enterprise.
Dengan hanya RM220 sebagai modal, Siti Rohana memulakan perniagaannya bersama MMG dan kini berjaya meningkatkan pendapatan diri dan ahli kumpulannya.
"Alhamdulillah, kini saya memperolehi pendapatan kasar mencecah sehingga lima angka sebulan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Hasil keuntungan berganda itu, dia akui mampu membantu keluarga termasuk ibu, adik-beradik dan juga tiga orang cahaya matanya tanpa membebankan suami.
"Secara jujurnya, walaupun saya pernah bekerja dahulu, saya tidak mampu menyimpan wang. Saya tidak dapat membantu ibu dan adik-beradik setiap bulan.
"Gaji yang diterima digunakan untuk membayar hutang dan komitmen lain, malah memerlukan perbelanjaan yang besar kerana saya tinggal di kawasan bandar.
"Alhamdulillah, segalanya berubah selepas saya menjadi sebahagian daripada MMG. Pendapatan yang diperoleh bukan sahaja digunakan untuk diri sendiri tetapi saya boleh menyimpan. Kehidupan saya berubah selepas menjual produk ini,” katanya yang berasal dari Pahang.
Menariknya, penglibatan Siti Rohana dalam perniagaan MMG turut memberi manfaat kepada ahli keluarganya dan juga seluruh ahli rangkaian kumpulannya.
Baginya, menyertai MMG merupakan satu platform yang bukan sahaja mencapai impian diri malah untuk orang-orang tersayang dan orang lain juga.
"Saya boleh memberi duit belanja empat angka kepada emak pada setiap bulan dan membantu adik-adik. Saya juga boleh membawa mereka bercuti pada setiap tahun yang tidak dapat saya lakukan sebelum ini,” katanya yang kini menjalankan perniagaan di Rawang, Selangor.
Siti Rohana menyifatkan MMG bukan sekadar perniagaan untuk mencari duit dan keuntungan semata-mata tetapi melalui tagline ‘Bisnes Sampai Syurga’, ia turut memfokuskan kepada amalan akhirat dan mengubah individu menjadi lebih baik.
Mesra pengguna
MMG merupakan minyak urut moden yang ditransformasikan menjadi losyen telah mendapat sambutan dan maklum balas positif daripada pengguna.
Menurut Siti Rohana, produk MMG mudah digunakan dan pembungkusannya lebih mesra pelanggan.
"Minyak urut berbentuk losyen ini tidak melekit dan botol daripada bahan plastik memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana-mana sahaja.
"Saya melahirkan anak secara pembedahan dan mengalami sakit pinggang sehingga perlu mengambil ubat tahan sakit dan suntikan.
"Apabila menggunakan produk MMG, saya tidak perlu berbuat demikian atau bergantung pada ubat yang lain,” katanya menceritakan detik awal percubaannya menggunakan MMG untuk diri dan ahli keluarga.
Minyak urut MMG turut memberi kelegaan kepada ibunya yang sering mengalami sakit lutut dan sukan untuk solat seperti biasa.
"Alhamdulillah, selepas menggunakan MMG masalah sakit lutut emak hilang. Lebih istimewa lagi produk MMG ini boleh digunakan oleh semua peringkat umur iaitu bayi hinggalah warga emas,” katanya yang kini mempunyai 333 peniaga bersamanya.
Sasar RM1 juta
Ana Qistina Enterprise mensasarkan jualan berjumlah RM1 juta pada tahun 2021 dan sehingga kini telah mencecah RM600,000.
Dia turut mengalu-alukan orang ramai menyertainya tanpa mengira pekerjaan, umur, status dan jantina.
"Setakat ini, mereka yang bersama saya berumur antara 20-an hingga 60-an. Mereka ini merupakan pelajar, golongan profesional seperti cikgu dan jurutera,” katanya.
Dia juga menyasarkan rangkaian ejen yang mampu memperoleh keuntungan empat angka berbanding tiga angka sebulan.
"Saya akan bantu mereka mencapai sasaran tersebut. Saya yakin mereka juga mampu menjana pendapatan yang tinggi untuk membolehkan mereka melangsaikan komitmen bulanan mereka sekali gus bebas daripada hutang,” katanya.
Mengulas lanjut, Siti Rohana berharap agar produk MMG mampu menembusi pasaran di seluruh dunia dan produk itu telah pun berada dalam pasaran Singapura serta Brunei.
PROFIL
Nama: Siti Rohana Mustapha
Jawatan: Leader Diamond MMG
Syarikat: Ana Qistina Enterprise
Kelahiran: Pahang
Umur: 42
Nama Produk: Minyak Urut Moden MMG
Facebook: Minyak Urut Moden MMG Malaysia
Instagram: MMG_Officialhq
Nombor telefon: 019-3919671