Ribut solar dijangka landa bumi

Iklan
Aktiviti letusan besar di matahari akan menyebabkan berlakunya ribut solar yang melanda bumi. - Foto AFP

LONDON - Fenomena Cahaya Utara dijangka dapat dilihat di beberapa tempat di United Kingdom (UK) pada Isnin waktu negara itu dan Selasa ketika ribut solar atau geomagnetik dijangka melanda bumi.

Cahaya itu dijangka dapat dilihat di seluruh Scotland, bahagian utara England dan Ireland Utara, kata Pejabat Meteorologi UK.

Iklan
Iklan

Ribut geomagnetik itu berlaku akibat aktiviti di matahari dan sebelum melanda bumi, ia berada dalam kategori G2, kata Pentadbiran Kelautan dan AtmosferaKebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat (AS).

Kategori itu dianggap berada pada tahap sederhana.

Iklan

Menurut penulis dan ahli astronomi terkenal tentang fenomena Cahaya Utara, Tom Kerss ribut itu dijangka tidak akan menyebabkan berlaku gangguan di UK.

Bagaimanapun gangguan akan berlaku jika ribut solar dengan kekuatan lebih besar melanda bumi seperti yang terjadi kira-kira 150 tahun lalu.

Iklan

Menurutnya, ribut solat dengan kekuatan lebih besar itu masih belum lagi berlaku di bumi setakat ini.

Fenomena Cahaya Utara itu ialah sinar cahaya yang sering kelihatan pada waktu malam di kawasan altitud tinggi di kawasan utara bumi.

Ia juga dijangka dapat dilihat pada kadar rendah di New York sehingga ke Wisconcin dan Washington.

Bagaimanapun, menurut ramalan Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas AS, ribut tersebut mungkin menyebabkan turun naiknya grid tenaga dan memberi kesan terhadap penerbangan kapal terbang.

Ribut solar berlaku disebabkan letusan besar api pada matahari. - Agensi