PUTRAJAYA - Pembentangan usul untuk membatalkan Ordinan Darurat dijadualkan semula pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan permintaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan pembentang usul tersebut.