SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengingatkan orang ramai untuk tidak menggunakan logo atau rujukan pihaknya dalam media sosial, risalah atau mana-mana bahan bercetak dan penerbitan tanpa kebenaran.
LHDNM dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa terhadap pihak yang terlibat dengan penyalahgunaan tersebut.