Suntikan ketiga Covid-19 disyorkan untuk individu lemah imun

Iklan
Suntikan ketiga disyorkan oleh WHO diberikan kepada penduduk dunia yang mengalami masalah lemah imun. - Foto AFP

GENEVA - Para penasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin mengesyorkan supaya penduduk dunia yang mengalami masalah lemah sistem imun sepatutnya menerima suntikan ketiga vaksin Covid-19.

Suntikan itu pula perlu menggunakan vaksin yang telah diluluskan oleh WHO, kata mereka.

Iklan
Iklan

Pakar-pakar itu menyatakan, penduduk dunia yang berumur lebih 60 tahun dan sudah menerima suntikan vaksin keluaran Sinovac dan Sinopharm dari China sepatutnya ditawarkan dengan suntikan ketiga.

Bagaimanapun, ia tidak mengesyorkan supaya suntikan penggalak diberikan kepada sebahagian besar penduduk dunia yang kini sedang diberikan oleh beberapa buah negara, kata Kumpulan Penasihat Strategik Pakar-Pakar dan Imunisasi (SAGE).

Iklan

WHO menyasarkan 10 peratus penduduk daripada setiap negara menerima dua suntikan penuh vaksin Covid-19 menjelang September lalu.

Hampir 90 peratus negara yang berpendapatan tinggi telah mencapai sasaran tersebut.

Iklan

SAGE berkata, ia akan mengkaji semula isu penggunaan dos penggalak pada 11 November depan.

Sejumlah vaksin Covid-19 telah diberikan kebenaran oleh WHO untuk kegunaan kecemasan iaitu Pfizer-BioNTech, Janssen, Moderna, Sinopharm, Sinovac dan AstraZeneca. - Agensi