Pertanian pintar ambil masa

Iklan
Proses peralihan teknologi moden seperti pertanian pintar tidak dapat dilakukan dengan mendadak tetapi secara berfasa dan berperingkat secara 'soft landing' untuk memberi impak positif kepada golongan sasaran.

KUALA LUMPUR - Proses peralihan teknologi moden seperti pertanian pintar tidak dapat dilakukan dengan mendadak tetapi secara berfasa dan berperingkat secara 'soft landing' untuk memberi impak positif kepada golongan sasaran, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, pertanian pintar banyak digunakan di kawasan baharu yang memberi kesukaran dalam pertukaran daripada kaedah konvensional kepada moden.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bagaimanapun kerajaan akan terus memberi perhatian dalam menyalurkan bantuan serta perkhidmatan terbaik kepada golongan sasaran.

"Oleh itu, bagi memastikan fasa peralihan daripada kaedah pertanian secara konvensional kepada kaedah moden dapat kita laksanakan dengan berkesan dan memenuhi aspirasi kerajaan kerana matlamat kita adalah untuk memberikan perhatian kepada nelayan dan pada masa sama menambah stok makanan kita.

Iklan

"Dalam RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12), usaha akan ditumpukan kepada mempercepatkan penerimaan penggunaan teknologi moden dalam sektor agromakanan kerana pertanian pintar dikenal pasti sebagai aktiviti strategik dan berimpak tinggi yang dapat menjana semula pertumbuhan ekonomi," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri S. Vell Paari yang ingin tahu sama ada pihak kementerian bercadang memberi insentif kepada pekebun kecil dan pengusaha ladang untuk bertukar daripada kebun dan ladang konvensional kepada pintar. - Bernama

Iklan