Peniaga Luezita Ahmad, 48, (kiri) melayan pelanggan yang juga penduduk kampung sekitar memilih tong untuk menyimpan air bagi persediaan menghadapi gangguan bekalan air berjadual ketika tinjauan di Kampung Batu 7 Jalan Kebun, Seksyen 30 hari ini.
Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Satu (LRA SSP1).
Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula 9 pagi Rabu dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada 9 malam, Sabtu. - Foto Bernama.