MELAKA - Tular di media sosial rakaman audio perbualan dua individu mirip suara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.
Bagaimanapun Idris menafikan rakaman audio berdurasi 7 minit 04 saat itu.
Iklan
Iklan
"Saya sudah menafikan ada menelefon PM," jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.
Individu dalam rakaman audio itu memaklumkan beliau mendapat pujian dan ucapan tahniah termasuk dalam kalangan pemimpin UMNO, atas tindakan drastiknya menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Ms Ali.
Rakaman suara yang didakwa milik Ismail Sabri itu pula meminta individu berkenaan menangguhkan dahulu agenda untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.
Untuk rekod krisis politik yang berlaku di Melaka susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Artikel Berkaitan