ANAK bongsu kepada pelakon dan guru lakonan, Fatimah Abu Bakar iaitu Sharifah Aryana selamat mengikat tali pertunangan pada 2 Mac lalu.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh bintang utama filem Mukhsin itu menerusi Instagram miliknya.
"Sudah lewat tiga hari, tapi saya tidak berkongsi apa-apa kerana terasa seperti mimpi. Pada 2Mac 2019, saya telah mengikat tali pertunangan dengan kawan baik saya.
"Ibu bapa kami bersama pak cik dan mak cik duduk berbincang mengenai masa depan kami dalam majlis ringkas dan mesra.
"Saya sangat berdebar dan teruja dalam masa yang sama. Pada waktu saya tidak pasti, saya pandang ke matanya dan dia bagaikan telah memberi jaminan.
"Saya sangat berdebar dan teruja dalam masa yang sama. Ketika saya tak pasti, apa yang perlu saya buat adalah memandang matanya dan bagaikan telah mendapat jaminan.
"Kami akan mengambil sedikit masa sebelum bernikah, supaya kami dapat membuat keputusan yang betul. Buat masa sekarang, doakan kami berjaya, saya rasa," tulisnya.