Denmark terus cipta sensasi

Iklan
Denmark telah meledak 27 gol dan tidak bolos dalam semua lapan kemenangan dalam peringkat kumpulan.

DENMARK terus mencipta sensasi apabila menjadi pasukan kedua dari Eropah mengesahkan slot ke Piala Dunia 2022 Qatar selepas menewaskan Austria 1-0 dalam aksi kelayakan Kumpulan F di Stadium Parken pada awal pagi Rabu.

Pengendali Denmark, Kasper Hjulmand mengakui untuk mara ke Piala Dunia adalah perkara sukar dan menghamburkan pujian kepada para pemainnya yang beraksi cemerlang untuk menempah slot ke kejohanan dunia itu.

Iklan
Iklan

"Terdapat ramai pihak yang menyumbang kepada kejayaan ini. Kami gembira dan perlu menikmati kejayaan ini. Layak ke Piala Dunia adalah perkara sukar dan ini adalah hadiah kepada persatuan, perkembangan pemain, kelab profesional dan pemain yang telah tampil luar biasa.

"Semangat pasukan ini sangat luar biasa," katanya.

Iklan

Selepas Jerman mengesahkan slot ke Piala Dunia minggu lalu, Denmark memastikan kemaraan mereka walaupun saingan peringkat kumpulan masih berbaki dua perlawanan menerusi gol Joakim Maehle pada minit ke-53.

Malah, Denmark juga telah meledak 27 gol dan tidak bolos dalam semua lapan kemenangan dalam peringkat kumpulan.

Iklan

Mereka meneruskan rentak cemerlang selepas mencipta sejarah tersendiri pada Euro 2020 dengan mara ke separuh akhir sebelum ditundukkan England 1-2.

Dalam pada itu, Kapten Denmark, Simon Kjaer menegaskan mereka kini fokus untuk mencipta impak di Piala Dunia Qatar selepas mengesahkan kemaraan itu.

"Kami membina krew dan mentaliti yang baik dan kami bertekad untuk meningkatkan prestasi kami menjelang Piala Dunia itu.

"Kami saling berusaha untuk menjadi yang terbaik dan menambah kualiti yang kami ada. Sebab itu, kami dapat melangkah jauh. Namun, itu belum cukup dan kami masih mahukan lebih banyak kemenangan," katanya.