Lelaki Australia didakwa curi tag ikan jerung putih

Iklan
Gambar fail menunjukkan seekor ikan jerung putih. - Foto CBS News

SYDNEY - Seorang lelaki Australia didakwa kerana mencuri satu tag pemantauan yang terdapat pada seekor ikan jerung putih di perairan negara itu.

Menurut polis pada Rabu, lelaki berusia 48 tahun itu didakwa di bandar Albany kerana mencuri tag tersebut yang digunakan untuk mengesan ikan jerung putih di perairan Australia Barat.

Iklan
Iklan

Dia akan dihadapkan ke mahkamah majistret di bandar tersebut pada 4 November ini.

Tag pemantauan itu digunakan untuk memberi amaran kepada orang ramai jika terdapat ikan jerung putih berenang di beberapa lokasi tertentu di pantai Australia.

Iklan

Polis tidak memberikan sebarang maklumat lanjut berhubung kes tersebut.

Bagaimanapun, satu laporan pada sebuah akhbar Australia Barat menyatakan lelaki berkenaan telah mengeluarkan tag tersebut daripada haiwan tersebut ketika dia menangkap jerung putih

Iklan

tersebut.

Ketika itu, dia tersilap menangkap hidupan laut tersebut tetapi kemudian melepaskan haiwan berkenaan ke dalam laut. - Agensi