KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali antara lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 15 November ini.
Superintendan Komunikasi Korporat PDRM, Superintendan A Skandaguru dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, Muhammed Hasbullah dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pengubahan Wang Haram/Siasatan Perakaunan Forensik (JSJK) Bukit Aman.