Celcom, Vale jalin kerjasama dalam pengurusan Fleet Pintar

Iklan
Idham

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) dan salah satu syarikat perlombongan terbesar di dunia, Vale menjalinkan kerjasama untuk penyelesaian Pengurusan Fleet Pintar di Terminal Maritim Teluk Rubiah (TRMT).

Celcom dalam satu kenyataan berkata, teknologi ‘Vehicle Telematics and Drowsiness Detection System’ akan dipacu oleh kesalinghubungan LTE dan platform Internet pelbagai benda (IoT) yang dimiliki oleh Celcom.

Iklan
Iklan

"Ekosistem logistik Vale yang lebih selamat akan diperkasa dengan sistem kedudukan global (GPS) Awan, dan teknologi Mesin ke Mesin (M2M). Penyelesaian Pengurusan Fleet Pintar tersebut akan digunapakai bagi kenderaan milik Vale dan vendornya, meliputi trak dan jentera berat, di dalam dan luar kawasan TRMT.

"Kerjasama yang dijalinkan turut meliputi penyediaan kesalinghubungan mudah alih 4G bagi kesemua kakitangan Vale, penyelesaian aplikasi GPS bagi mana-mana aplikasi kenderaan milik Vale. Ia juga untuk perkomputeran awan bagi kerja jarak jauh dan aplikasi pintar pengoperasian untuk fungsi web dan mudah alih bagi memberi amaran dan pemantauan asas,” jelas kenyataan itu pada Rabu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, aplikasi pelbagai penyelesaian IoT yang disediakan itu akan membantu dalam mempertingkat kecekapan, keamanan dan keselamatan operasi fleet dan jentera berat Vale di TRMT, yang merupakan hab pengedaran biji besi utama milik Vale bagi seluruh rantau Asia Pasifik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, kerjasama yang dijalin dengan Vale merupakan penanda aras terhadap peranan Celcom dalam IR4.0 sebagai pemboleh digital, dan memacu adaptasi IoT bagi pelbagai industri.

Celcom merangkumkan TRMT milik Vale sebagai keutamaannya apabila teknologi 5G telah tersedia.

Iklan

"Celcom berbesar hati dengan pengiktirafan daripada Vale kerana ia akan terus memperlihatkan komitmen kami dalam memajukan masyarakat Malaysia dan industri antarabangsa,” katanya.

Mengulas lanjut,Idham berkata, analitik yang dipacu oleh Kecerdasan Buatan (AI), merupakan komponen penting dalam penyelesaian itu.

"Ia disokong oleh pemantauan mudah alih dan pemproses yang dikuasakan dengan AI, bagi mempertingkat pengalaman pemanduan dengan sistem amaran tingkah laku pemandu dan pemantauan masa sebenar, bagi membolehkan pengurus fleet mengurus dan mengurangkan risiko.

"Teknologi ini bakal membawa transformasi kepada ekosistem jalan raya dan pengangkutan serta lanskap industri berat di negara ini seterusnya memacu pembangunan sebuah negara digital pintar,” katanya.

Beliau berkata, Celcom juga merangkumkan TRMT milik Vale sebagai keutamaannya apabila teknologi 5G telah tersedia.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Vale di Malaysia, Rodrigo Ribeiro de Araujo berkata, penggunaan teknologi IoT terkini di TRMT akan membantu mereka menambahbaik pengurusan risiko, pencegahan insiden, dan kecemerlangan operasi; selari dengan fokus kami untuk menjadi operator yang selamat dan dipercayai.

Rodrigo Ribeiro de Araujo

Beliau berkata, penyelesaian teknologi Vehicle Telematics and Drowsiness Detection System adalah efektif dalam menilai dan memastikan fleet berfungsi dengan baik dan patuh terhadap garis panduan keselamatan jalanraya.