BAITULAHAM - TEBING BARAT. Pihak berkuasa Israel menyerbu rumah tahanan Palestin, Arafat Irfaiya di selatan Hebron semalam dan menyerahkan notis perobohan struktur kediaman kepada wakil keluarga tersebut.
Tindakan itu sebagai 'tindak balas' selepas Irfaiya dituduh menikam sehingga mati seorang peneroka haram Yahudi dalam kejadian bulan lalu.