Tidak setuju pembatalan ujian pengesanan Covid-19 ke Langkawi

Iklan
Kejayaan gelembung pelancongan Langkawi adalah disebabkan kewajipan ujian pengesanan Covid-19. - Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Pengusaha industri perhotelan Langkawi tidak bersetuju dengan langkah pembatalan keperluan ujian pengesanan Covid-19 bagi pelancong ke pulau peranginan itu.

Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang & Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA), Datuk Norazly Rosly berkata, ujian pengesanan itu bagi mengelakkan penularan jangkitan yang tinggi di Langkawi.

Iklan
Iklan

"Kami berpendapat kejayaan gelembung pelancongan Langkawi adalah disebabkan kewajipan ujian pengesanan Covid-19.

"Kita perlu memastikan tahap keyakinan pelanggan adalah pada tahap yang tinggi. Pembatalan ini akan menyebabkan tahap keyakinan pelanggan untuk melancong ke Langkawi akan menurun," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa menghentikan keperluan ujian pengesanan Covid-19 bagi pelancong ke Langkawi berkuat kuasa Selasa.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira peratus pelancong yang dikesan positif Covid-19 semasa saringan yang sangat rendah.

Iklan

Norazly menegaskan, pengusaha-pengusaha industri perhotelan kini berasa amat risau tentang perkara berkenaan.

"Kami mohon pihak kerajaan mengambil suatu langkah yang bertangungjawab dan memastikan pelancong yang akan ke Langkawi wajib untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk mewajibkan semula ujian pengesanan Covid-19 tersebut," katanya.