SEREMBAN - Pemandu van yang membawa seorang kanak-kanak autisme yang ditemui meninggal dunia selepas dipercayai akibat tertinggal di dalam kenderaan itu selama tiga jam, direman tujuh hari bermula Selasa.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 34 tahun itu dikeluarkan sehingga 18 Oktober depan bagi membantu siasatan.