KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel kekal sehingga 27 Oktober ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel tidak berubah, masing-masing pada RM2.05, RM2.87 dan RM2.15 seliter.
Iklan
Iklan
Harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya.
Menurut kementerian itu, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -Bernama