Hanya 15 kes baharu Covid-19 di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

Iklan
Hanya 15 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Rabu melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator. - Foto Bernama

KUCHING - Hanya 15 daripada 1,165 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Rabu melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan baki 1,150 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

Iklan
Iklan

"Pertambahan kes pada Rabu menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 227,675 kes.

"Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 257 kes diikuti Miri (211), Sibu (128), Bintulu (77) dan Bau (63),” menurutnya.

Iklan
Iklan

Selain itu, 13 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 4 Oktober hingga semalam. - Bernama