PKPD Ladang Bera Selatan 5 dan 7 tamat esok

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan Ladang Bera Selatan 5 & 7 di Bera, Pahang akan ditamatkan pada Khamis, lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu 19 Oktober.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan perkara itu melalui Facebooknya pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Penamatan PKPD itu diputuskan setelah meneliti pembentangan KKM mengenai situasi semasa di lokaliti berkenaan,” katanya.

Rodzi turut memberitahu, tiada pelaksanaan dan pelanjutan PKPD pada Khamis.

Iklan
Iklan