KUALA LUMPUR - Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) adalah pada tahap 83.9 peratus dan mengikut jadual setakat pukul 5 petang tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal itu dijangka siap sepenuhnya pada pukul 11 malam ini.