Matahari terbenam

Iklan
Keindahan panorama matahari terbenam yang sempat dirakam dan dapat dilihat dari sebuah pangsapuri perumahan di Cyberjaya hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi laman sesawangnya hari ini mengeluarkan notis Nasihat Ribut Tropika Kuat (KOMPASU) yang pada ketika ini bergerak kira-kira 1502 km ke Barat Laut Kudat, Sabah dengan kelajuan angin maksimum 102 kilometer sejam. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.