KUALA LUMPUR - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan melancarkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara pada akhir tahun ini bagi menyemai perpaduan masyarakat selari dengan konsep 'Keluarga Malaysia.'
Menteri berkenaan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, ia merupakan pelan rangka tindakan keseluruhan yang merangkumi Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030, Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 dan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia.