RAMALLAH - TEBING BARAT. Penduduk Palestin di perkampungan Berdala di Lembah Jordan terjejas selepas tentera Israel memotong bekalan air bersih di kawasan tersebut.
Mutaz Bisharat, seorang pegawai yang memantau aktiviti penempatan di Tubas dan Lembah Jordan berkata, tentera Zionis memotong bekalan air untuk 60 peratus penduduk kampung Berdala yang berjumlah sekitar 2,600 orang.